Powered By Blogger

Saturday, July 5, 2014

Tarian tradisional

TARIAN MELAYU
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
mak_yong
KUDA KEPANG 
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung
kuda_kepang
ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
zapin

TARIAN LILIN 
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan
tarian_lilin
TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
tarian_gamelan
TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

tarian_cik_siti_wau_bulan

JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
joget

TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
tarian_asyik
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
tarian_ayam_didik

TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

tarian_ceracap

TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
tarian_sarah
TARIAN ULIK MAYANG
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri
ulekmayang


TARIAN SABAH DAN SARAWAK
TARIAN NGAJAT
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.            
Ngajat.jpg
                           
DATUN JULUD
Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.
download (3).jpg

TARIAN SUMAZAU
Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.
images (1).jpg
TARIAN BULUH 
Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.
download.jpg












TARIAN ORANG ASLI
ORANG ASLI 
Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.
download (1).jpg







TARIAN PORTUGIS
FARAPEIRA
Farapeira adalah sebuah tarian pantas yang menghiburkan, seringkali diiringi alat muzik sepert gitar dan tamborin, dan dipersembahkan oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.
BRANYO
Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan mengikut rentak gendang serta biola.
download (2).jpg







TARIAN INDIA
TARIAN BHARATA NATYAM.
Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifN-wC6w7SlEvCk_RULpwH2U2AnY96oOuysrLppVZIs48syNNyIHHB7XuTzhUhp7oNdfBZlB7HCVjgDYvC0EJ7egnhaFyVCuF9GiFc07H10Dyd_Ltd8mvLVUwSBQwOVKL1jkjndn_OCIw/s320/3286786881_590bb2b7fd_o.jpg


Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis.Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi.


Vokalis akan mengarahkan pergerakan tarian dengan menyuarakan Shollukatus atau sillibus ritma.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIALnB8bkcl9cuD8Q6EdoCOnR_SUgsKlJeiFwiOL4Iy7TPUxBbzBFs7nTkRS222JAseOFGknse7s6xGI226MMhMrO-nxzHu_lcJ0HQkHAdtfxeKGHhFDA74_nfeu_OR9pCz1lExKwaplg/s320/bharatanatyam.jpg


TARIAN BHANGRA.
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2M9Ozm6vCiDiXCMrLsxyOgoZLcnYSz6miy3Kj3hL_e01DHhCwfvkHibSepuwRYg-deLDzFqHSJDr1Tdivr-tVLH_3-g6ntxxEw5wwGvmFVEOrpogTxfgeQPlmQwel89otSM9jM0Hz42g/s320/39631_416292097733_672342733_4934665_2641138_n+%281%29.jpg
Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.           


Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.


Kepopularitian Bhangra di Malaysia adalah berdasarkan ianya seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGimqqqhbKtKCsJg1AFe1X8xLvBl_GO-IHDaWS7aXH62c4sC5Rq23mIuR_uxOFtivsjqAullD1v8Ae5QfyFWzwDjXqBgLLu_o6HMSZ_esK3lwRUe3WtlsquyQZJQ4yiowoLSwTAmTK-Ug/s1600/dance_bhangra.jpg






TARIAN CINA
TARIAN NAGA
Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ”peluang” atau ”keuntungan”.
download (4).jpg

TARIAN SINGA
Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina.  Tarian ini digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa.Tarian ini berbentuk akrobatik dan memungut ”angpau” atau ”keuntungan”. Kedua-dua tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang kuat.Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.
download (5).jpg

TARIAN BUNGA
Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia.Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanitadengan lemah lembut. Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian inimencerminkan jiwa yang penyayang danbersemangat. Iajuga sebagai bukti secara simbolikmenyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh sekuruh dunia.
images (2).jpg
TARIAN BUNGA TERATAI
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.
images (3).jpg
TARIAN PAYUNG
Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di  Negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan.
download (6).jpg

TARIAN CINTA BERTEMU
Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya. Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-jengket dan semua hadiah yang di bawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si gadis menyalahkan  kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.

images (4).jpg

Saturday, May 21, 2011

Member Brisbane

Mt Gravatt ... tempat yang setiap minggu mesti dikunjungi paling kurang sekali ..kalu lebih berkali2 ...apa yang istimewa kat situ ada Sunday Market ..memang best sebab boleh tengok barang2 second hand dan beli sayur/buah-buahan . kat sini jugaklah rumah aunti Ana . Aunti Ana  dialah guru tuisen sa dan aiman supaya tak terlalu tertinggal pelajaran silibus malaysia . . Anak2nya 3 orang Aslam , Mukri dan Alia . uncle dengan aunti ni memang ada gaya nak dapat pangkat datuk sebab glamour . Rumah uncle dengan aunti dah macam rumah wakil rakyat . Hujung minggu mesti ada orang datang . Kalau geng west end nie nak buat apa2 aktiviti kecil2 mesti pilih rumah uncle dengan aunti. 
Aunti Zura and family ... paling lekat sekali sebab hubungan erat Ammar dgn anak dara family nie ..Farhana yang comel tur . Farhana ada sejarah kepala terantuk sehingga kene jahit sebab main dengan Ammar dahlah tu kat rumah nie pulak . uncle khucai (khusairi /pak ku ) adalah orang yang rajin tolong orang baru sampai , seboleh 2 dia nak jaga kebajikan semua orang ..... Aunti Zura paling glamour dengan kek nya ... paling best carrot kek ... memang sedap . dan jangan dilupa Aqil yang selalu menadah pipi untuk dicium .
 


Aunti Azlina dan family ...inspirasi kepada ku . iron lady nie memang hebat .  Anak 3 Haziq ,Tasya , Damia adalah kawan baik saya dan aiman sebab sekolah sama di Greenslopes State School . Hari-hari mesti jumpa dia dan tasya,haziq,damia kalau tak di sekolah ,dirumah kak Ana .

Botanic Gardens






























Brisbane Botanic Gardens, Mount Coot-tha.
Bunga2 memang cantik , hijau dan nyaman . Mata tak puas memandang .Udara bersih dan semulajadi . Kawasan luas dan terjaga . Lensa camera kami tak henti merakam keindahan taman ini . Tak rugi datang sini . Selain taman ini ada planetarium kecil yang menyajikan sepasang suit angkasawan .